Pentas pak karamu karya RAKYAT...

7/03/2009 12:19:00 PTG / Dicatat oleh Panglipulara® / ulasan (3)

Sungai Sumun
26 Jun 2009
Jumaat
09:00Mlm


Man Of The Match Bro MSK, Seorang tua dikaki langit.


Brader Pyanhabib dengan gaya bersahaja, tp menarik perhatian SB2




Gua yg menjadi liabiliti, beraksi di belakang Bro Abdullah Jones
Turut serta:
Meor Blues
Nik
KulupSakah
Hairy
AirmaS
Anak Lapan
Dan ramai lg yg tak muat disebut disini..

(gambar ehsan perakexpress.com)



Teladan buat monarki melayu

6/20/2009 03:22:00 PTG / Dicatat oleh Panglipulara® / ulasan (2)

-Istana Sultan Hussein Shah Kampung Gelam-


-Sir Stamfort Raffles-


Sir Stamford Raffles - Gabenor Singapura yang bertanggungjawab ke atas Kehilangan Takhta Kesultanan Melayu Singapura

Semuanya berpunca daripada wang sebanyak 33,2000 (duit Sepanyol) yang diterima oleh Sultan Hussein Shah pada 02hb Ogos 1824 di hadapan Sir John Crawford, Residen Singapura, dalam satu perjanjian tipu muslihat menyebabkan Sultan Hussien Shah kehilangan taktha Kesultanan Melayu Singapura buat selama-lamanya.

Peristiwa malang bagi orang-orang Melayu ini berlaku di kediaman Residen Singapura itu sendiri berikutan persetujuan baginda hendak menyerahkan seluruh pulau Singapura serta pulau-pulau kecil di bawah jajahan takluk baginda kepada Inggeris asalkan diberi pampasan serta sara hidup bulanan.

Bermula pada 03hb Ogos 1826, Sultan Hussein Shah, putera sulung Sultan Mahmud Shah, Sultan Empayar Johor Riau telah kehilangan takhta Kesultanan Melayu Singapura buat selama-lamanya., lebih malang lagi, baginda bukan lagi sebagai Sultan Singapura.

Sejarah telah mencatatkan, Sultan Hussein Shah terputus belanja setelah 3 bulan Inggeris tidak membayr saguhati bulanan sebanyak $ 1600 sebulan, sepertimana perjanjian dengan Sir Stamford Raffles semasa membuka logi perniagaan pada tahun 1819.

Munshi Abdullah yang mencatatkan perihal Sultan Hussein Shah ini dalam bukunya yang masyhur "Pelayaran Munshi Abdullah" dengan rasa sedih menyatakan,." Setelah kehilangan kuasa Sultan Hussein Shah seolah-olah tidak diperlukan lagi oleh Inggeris, walaupun disediakan sebuah Istana baru yang dibuat dengan batu pada tahun 1824 pada tahun 1824 serta dikurniakan tanah seluas 23 hektar di Kampung Gelam."

Menurut Munshi Abdullah, Sultan Hussein Shah seorang sultan yang banyak hutang, malah punca sebenar sehingga tergadainya bumi Singapura gara-gara hutangnya yang banyak dengan tauke-tauke Cina Singapura pada zaman itu. Kerana banyak hutang dan sukar untuk membayarnya, tauke-tauke Cina telah mengadukan hal hutang Sultan Hussein Shah kepada pihak Inggeris, dengan kata lain mengadu kepada Sir Crawford yang menjadi Residen Singapura pada waktu itu.

Dari sini lah Inggeris mengambil kesempatan dengan menekan Sultan Hussein Shah supaya menjelaskan hutang tersebut, jika baginda gagal mejelaskan hutang-hutang tersebut, baginda akan dikenakan tindakan. Tipu muslihat Sir Crawford berjalan menerusi orang-orang yang rapat dengan baginda di Istana Kampung Gelam.

Pujukan halus dijalankan, Sultan Hussein Shah yang sedang tertekan dan tidak tentu arah itu dengan mudah menerima perjanjian "maut" itu, apatah lagi dengan sogokan wang sebanyak $ 32,200 yang sangat besar pada waktu itu.

Sebagai Sultan yang kehilangan kuasa, Sultan Hussein Shah meneruskan sisa-sisa hidup baginda di Istana Kampung Gelam yang dikurniakan Inggeris pada tahun 1824 dengan penuh kekesalan dan kekecewaan. Setiap saat baginda bedukacita, kecewa dan putus asa yang teramat sangat. Sehingga baginda terpaksa membawa diri ke Melaka pada tahun 1834.

Baginda sempat bersemayam di Banda Hilir Melaka, tidak sampai setahun, selepas itu, baginda gering dan mangkat di Banda Hilir pada tahun 1835 dalam usia 59 tahun. Jenazah baginda telah disembahyangkan di Masjid Tengkera dan diberi penghormatan sebagai Raja yang mangkat dan disemadikan di dalam kawasan masjid tersebut.
Beberapa Fakta Tentang Diri Sultan Hussein Shah ( daripada pandangan Munshi Abdullah )
  • Baginda bertubuh pendek, amat gemuk, kulit putih kuning, muka lebar, suara garau

  • Meninggalkan Singapura pada 07 Muhaaram 1834 menuju ke Banda Hilir dengan Kapal Diraja Kedah " Julia" membawa bersama isteri dan 2 orang puteranya.

  • Mangkat di Banda Hilir pada 10hb Muhaaram 1835, kerana sakit jantung ketika berusia 59 tahun, setelah gering selama 6 hari.

  • Semasa hayatnya, baginda selalu bersembahyang di Masjid Tengkera ( masjid India Muslim), semasa baginda mangkat, baginda, tahlilnya juga dibacakan oleh Khatib India Muslim yang bernama Mahmmud bin Musa.

  • Jenazah baginda juga pernah cuba dikorek untuk dibawa ke Riau dan disemadikan disebelah makam ayahanada baginda, namun dihalang oleh waris-waris baginda.
( sumber MOUNTDWELLER)

Dialog TGNA dan wartwan bernama

6/20/2009 11:54:00 PG / Dicatat oleh Panglipulara® / ulasan (0)

Di bawah ini dialog antara Nik Aziz dengan wartawan Bernama :

Wartawan : Komen Tok Guru kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang yakin dengan keikhlasan Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dan reaksi balas Timbalan Presiden Pas hari ini?


Pertama sekali saya nak ulangi kenyataan saya dulu bahawa isu perpaduan ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan daripada Pas. Kalau Perdana Menteri kata ianya dari Pas, itu tak betul. Itu lontaran peribadi dan tidak masuk dalam kertas agenda mesyuarat parti dan juga kertas agenda mesyuarat pakatan (pembangkang). Sebab itu pakatan tidak tahu. Maka bagaimana hendak sebut Pas setuju... tidak boleh."


Wartawan : Kalau setakat hendak berunding untuk kerjasama sahaja dan bukan untuk kerajaan perpaduan bagaimana pendapat Tok Guru?


Bawa benda ini dalam mesyuarat parti dan yang kedua kepada pakatan. Kalau Pas setuju dan pakatan setuju, lain masalahnya. Pas tidak bincang, pakatan pun tidak bincang. Mana boleh kita hendak bercakap benda ini sebab itu saya kata ini kerja boneka UMNO. Saya ulangi lagi ini kerja boneka UMNO. Kalau benar Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hendak setuju, lebih baik masuk UMNO, terang. Saya sebut lebih baik masuk UMNO, letak jawatan di Bachok dan bertanding (semula). Apa yang duduk buat sampah ini, menyusahkan orang. Dia tidak tahu bagaimana susahnya saya ada yang telefon, datang jumpa sendiri menangis-nangis dan sebak dari dalam dan luar Kelantan. Malah ada setengah yang datang jumpa saya sebak tidak boleh kata apa, tidak boleh cerita.


Apa cerita ini, dia masuk UMNO senanglah daripada duduk bertenggek dalam Pas. Tidak ada moral orang panggil, tidak boleh macam ini. Kalau semua setuju, pakatan setuju, Pas setuju. Semua jadi anggota kerajaan, DAP jadi menteri, Pas jadi menteri, Keadilan jadi menteri, baru benar-benar perpaduan. Ini bukan perpaduan tetapi perpecahan. UMNO sekarang berpesta. Pesta bahawa Pas sudah masuk perangkap. Pas sama Pas kalut, Pas dengan pakatan bergaduh. Pas sudah bercelaru, Pas dengan pakatan pun bercelaru. UMNO sudah berjaya pecah belahkan orang Pas tetapi Alhamdulillah dapat dibendung dengan kenyataan saya baru-baru ini. Tidak boleh terima orang ini, boneka UMNO.


Wartawan : Tok Guru akan terus beri nasihat kepada orang Pas yang menyokong kerajaan perpaduan?


Hendak nasihat apa lagi orang ini, boneka UMNO.


Wartawan : Nasihat kepada ahli Pas yang memahami isu perpaduan ini?


Saya ucapkan terima kasih sebab semua orang sudah faham selepas saya buat kenyataan dulu. Cukuplah setakat ini."