Langkah sumbang panglima monggol...

5/15/2009 12:49:00 PG / Dicatat oleh Panglipulara® /

Gua amat girang dan sukahati dengan perkembangan pekembar mutakhir ini, langkah sumbang dalam survival politik panglima monggol yang selama ini mecanang ketuanan melayu dan merakyatkan pemimpin ditolak mentah oleh marhaen, atau diterima sinis dengan sembah derhaka gerombolan penyamun di dalam kelab pekembar sendiri...

Pertamanya bilamana panglima monggol itu mengangkat masuk diri kedalam gelanggang politik tahap tertinggi tanahair, dalam keadaan kaki tangan berdaki kotor dan wajah bernanah, hingga satu ketika mantan kepala perompak dan penyamun saudara mahathir mengarah panglima monggol ini membersihkan dirinya sebelum berlari masuk kedalam istana khayalan...

Langkah pertama yang sumbang ini turut ditegur barisan pembela rakyat, khabarnya tersebar di 20 buah negara, panglima monggol ini bacul, diangkat sebagai panglima monggol akibat membunuh kaum hawa kerana takut dicabul isteri yang brutal...
Dan sehingga kini panglima monggol masih enggan menidakkan khabar dari surat berantai yang tersebar di 20 buah negara seantero dunia, ibarat burung kasawari yang menyembunyikan kepala didalam pasir tatkala diancam, sedang buntut ternganga menyula langit...

Jika kita lihat didalam kelab pekembar itu sendiri tiada amanah dalam pengurusan struktur organisasinya, dalam kata lain kucar-kacir susunaturnya, samaada dalam pembahagian darjat atau penguatkuasaan undang-undang tubuh kelab itu sendiri, perasuah ligat merencana...Jadi dimanakah layaknya panglima monggol ini memerintah negara, sedang kelab pekembar sendiri menanti detik untuk dikafankan bersama puteri kangkang dan putera leleh, kelak bagaimana pula dengan nasib marhaen yang dipimpin? sejenak ayuh kita berfikir secara percuma, dimana kita kala kuasa panglima monggol ini direntap yang maha kuasa...

1 ulasan:

Comment by Basuh Baju on 21 Mei 2009 pada 2:34 PTG

sapo panglima mongol ni? hahaha anak sapo ek? bini sapo?hahaha

Catat Ulasan

Anda Bertanggungjawab Atas Setiap Ulasan Anda.