Tentang slogan new hope yang dicanang oleh Anwar
dan slogan One Hope yang dibawa oleh DS Najib.
takde bezanya kalau perlaksanaannya gagal.
Najib juga tidak seharusnya
bijak bermain dengan slogan dan retorik
sahaja jika terus berjiwa pembunuh.
pandangan saya secara peribadi,slogan one hope
hanya sesuai digunakan dalam keadaan terdesak, slogan plagiat
dan ditokok tambah, Najib bukan pencetus...
Apa makna one hope pada marhaen yg jelas tertindas,
50 tahun ditipu pemerintah negara dan miskin tegar.
miskin tegar ni bukan tidak bekerja,
mereka bekerja kuat untuk menyara keluarga
lebih kuat dari golongan kaya negara, mereka
tidak maju kerana mentaliti mereka masih di takuk lama,
masih berada ditakuk 70an, 80an, cuma gejala sosial
sahaja yg berkembang, ini kerana pertimbangan mereka
terhadap penerimaan aktiviti sosial adalah salah,
pandangan dan pertimbangan mereka tidak tepat
untuk berada sama paras dengan golongan kaya negara...
Disini pemimpin negara langsung tidak beri perhatian,
pembangunan mental tidak sehebat pembangunan meterial,
kerana itu lahirnya ramai generasi pemberontak
generasi yg inginkan kebebasan dan pembangunan minda.
umum mula sedar, mentaliti pimpinan mahathir
adalah mentaliti kelas ketiga, pimpinan yg tidak boleh dikritik,
pimpinan yg mencengkam dari aspek minda,
yang lama kelamaan menghanyut negara kebelakang.
dan ia menjadikan daya saing Malaysia sebagai pusat
pelaburan serantau tidak tercapai.
10 tahun terakhir atau 10 tahun pertama negara dalam
cengkaman mahathir adalah sangat merugikan, mahathir abaikan
kesempatan untuk membangun dan membebaskan minda masyarakat,
amnya melayu...
Ingin saya selitkan, bahawa anwar ibrahim tidak pernah
takut untuk berdepan dengan apa jua senario politik.
Beliau dilihat tersungkur hanya pada undang2 rimba ISA, pada saya
tahanan ISA seperti beliau adalah wira, kerana apa beliau
ditahan ISA ? Ku Mahalel mungkin tahu.Yang
belindung dibelakang ISA adalah politikus
bacul bayangan mahathir, pencacai beliau tidak pernah
belajar mencetus tapi hanya tahu meniru atau menunggu suruhan,
mereka ini bukan pemimpin...
Rata-rata rakyat berkabung sewaktu najib mengangkat sumpah
pemerintah ke6, laknatlah kamu pemerintah yang rasuah,
berkuburlah pekembar yang semakin nazak, amin...
Saya ingin memaparkan kepada najib supaya membersihkan diri
dari semua tuduhan yg terbukti, tidak perlu
mengheret kami dan anak-anak kami dengan masaalah sosial anda...
Peringatan untuk najib.
1. Sudah lama cerdik pandai bukan pekembar mencadangkan
supaya ISA dikaji semula.
2. Sudah lama para ulama negara mencadangkan hudud dimalaysia.
3. Sudah lama rakyat mempertikai rosmah yg tidak bertudung.
4. Tekankan kewajipan solat kepada semua rakyat malaysia
yang beragama islam.
5. 99% pimpinan pekembar adalah perasuah dan penindas rakyat,
sekadar memberitahu.
6. Malaysia ni bumi tuhan, bukan melayu punya, takut ke nk
bersaing dengan bngsa lain,itu sebab melayu
mundur dari tahun 50an.
7. DEB atau AEN sama saja kalau berlaku ketirisan.
8. AUKU sudah lama cerdik pandai pertikaikan.
9. Mahathir, Daim, Ku li xperlu berpolitik lagi,
badan pun dah bau tanah, elok duduk atas sejadah sahaja.
10.Beri lebih perhatian pada program rakyat,
jangan lebih berpolitik.
11.Beri lebih perhatian pada masaalah rakyat,
jangan lebih berpolitik
12.Pekembar dah lari dari perjuangan alquran.
Jika terkasar bahasa ia disengajakan untuk perasuah
dan perompak dari gerombolan pekembar...
Jenin: The most destroyed city
-
Jenin, West Bank | November 21, 2024 | By Diana Kwaelid When will Israel
stop destroying cities and camps in the northern West Bank? The Jenin area
has tur...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan
Anda Bertanggungjawab Atas Setiap Ulasan Anda.