Kepala bana apa monarki ni?
Apa kerjanya?
Berapa pula gajinya?
Ada ke monarki ni menolong rakyat susah?
Berapa bijik kereta monarki ini?
Berapa bijik pula rumahnya?
Apa yang berlaku di Perak, kalau berlaku di Johor pasti
akan lahir satu lagi negara kecil yang baru....pasti...!!!
Tekadang rasa diperbodoh pun ada
dengan penggunaan kuasa yang songsang ini...
Bayangkan... demokrasi berperlembagaan, undang2, pilihanraya semuanya
di serabutkan...
Sayugia, rakyat marhaen di larang membuat apa jua bantahan.
Perak Di Darul Gamudakan. Itulah monarki gamaknya...
-Ucapan Azlan Shah Tahun 1980-
“Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana
digaji untuk melindungi dan menjaga tahta,
namun tiada satu pun akan dapat
mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata.
Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam
sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat
menyekat kemarahan aspirasi rakyat.
Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah,
maka (berlakulah) perpindahan takhta dari
istana ke muzium seni dan budaya”
–Ucapan Azlan Shah ketika dianugerahkan
Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen,
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980-
Dirgahayu Republik Sosialis Rakyat Perak!!!
Harapan saya satu hari nanti akan diadakan undian
seluruh Malaysia samada hendak dikekalkan institusi Raja
atau menjadi Republik sahaja.
Ayuh kita kecapi kermerdekaan dari perhambaan minda,
kesilapan pemimpin semalam telah menghasilkan sejarah hari ini.
Kesialan paling besar Monarki Malaysia ialah apabila bersekongkol
dengan Imperialis British dan bekerjasama dengan Fasis Jepun
ketika Malaya di jajah oleh dua kuasa jahat dunia ini...
Monarki harus sedar bahawa mereka sendiri yang
mendoa dan mentalkinkan sistem ciptaan mereka.
Yakinlah marhaen terbanyak, yang kita dengan sendirinya
akan melakar sejarah kegemilangan Malaysia, bukan monarki yang diangkat
umpama patung berhala zaman jahiliah ini...
Jenin: The most destroyed city
-
Jenin, West Bank | November 21, 2024 | By Diana Kwaelid When will Israel
stop destroying cities and camps in the northern West Bank? The Jenin area
has tur...
Sehari yang lalu
3 ulasan:
jangan dimaki jangan di hamun jangan dihamput monarki ini doakan moga moga di berikan hidayah olehnya pada monarki sekelian yang ada. ketahwilah oleh mu wahai penglipulara tiap kata kata mu itu akan kembali kepada mu oleh yang satu berhati hatilah dalam tutur kata
Tiap kali jumaat kita doakan yang terbaik buat monarki, tp marhaen terbanyak tetap tidak dipeduli, tepuk dada tanya selera, teman menyokong 101 peratus perutusan ini
maka dimakilah, dihamun, dihamput dan seranahkanlah monarki ini doakan moga moga akan jatuh lah beliau dari takhtanya dan anaknda beliau sekali agar Perak akan menjadi seperti Melaka yang satu ketika dulu diperintah oleh monarki bergelar Sultan. Selepas ada yang memohon sembah durhaka untuk mengeluarkan Tun Tuah maka sistem monarki itu runtuh kerana raja yang adil raja disembah raja zalim raja disanggah. senarionya sama diperak Nizar telah memohon sembah durhaka agar penghakiman di kembalikan kepada rakyat
Catat Ulasan
Anda Bertanggungjawab Atas Setiap Ulasan Anda.