SURAT YB HUSAM KEPADA ZAMBRY MAMAK

4/10/2009 06:08:00 PTG / Dicatat oleh Panglipulara® /


Menteri Besar PEKEMBAR Perak, Datuk Dr Kuti Zambry Abdul Kadir diminta menerima hakikat bahawa
rakyat Perak tidak mahu beliau terus 'berdiri terpacak' sebagai menteri besar negeri itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu surat terbuka kepada beliau memohon beliau kembali kepada rakyat.

"Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi," tulis Husam dalam suratnya kepada Zambry yang salinannya dihantar kepada awam hari ini.

"Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai'Menteri Besar Perak sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?" tanya Husam.

Berikut adalah surat penuh YB. Husam.

YB DatukDr Kuti Zambry Abdul Kadir,
ADUN Pangkor, Perak Darul Ridzuan.

Assalamualaikum wr wt.

PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera. Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya. Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majoriti yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai 'Menteri Besar' tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.

Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan. Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.

Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil? Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai 'Menteri Besar Perak' sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?

Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.

Salam

Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi'ul Akhir 1430/ 9 April 2009


PENDAPAT GUA

Mamak kuti zambry lebih baik turun baik2 daripada jatuh tersembam...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Anda Bertanggungjawab Atas Setiap Ulasan Anda.